AdikĀ Izz Zarif sempat merakam gambar bersama Datuk Jonathan sebelum konvoi bertolak.
RANAU: ‘Melentur Buluh, Biar Dari Rebungnya’, itu sesuai dengan ungkapan usaha kita melatih anak-anak dalam soal pendidikan yang positif agar mereka membesar dengan aspek kehidupan positif bermasyarakat apabila dewasa kelak.
Usaha yang dipupuk ibu bapa adik Izz Zharif sesungguhnya suatu inisiatif mendidik secara tidak langsung agar mengerti serta menghargai apa itu sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebagai menghargai perjuangan para pemimpin untuk mencapai kemerdekaan negara daripada kuasa penjajah.
Demikian yang hendak dipupuk ibu bapa adik Izz zarif Akhyar Bin Noorkaiddin 3, anak ketiga dalam tiga beradik dari Kg.
Kinapulidan Ranau yang menyertai Konvoi Kembara KRT Ranau bersama KRT Kundasang bermula dari Kompleks Sukan Ranau yang telah dilepaskan Ahli Parlimen Ranau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II Malaysia, Datuk Jonathan Yasin pada Ahad.
Konvoi yang julungkali diadakan itu melibatkan ratusan ahli KRT menggunakan lebih 50 kenderaan menuju ke beberapa buah kampung dan berakhir di Kg.Bitoon dengan pelbagai acara memeriahkan suasana konvoi yang julung kali diadakan itu.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā