30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Media Labuan, Kontraktor G1 berkolaborasi jayakan Program CSR Pembersihan dan pengindahan Pulau Rusukan

Dr. Zaliha (duduk tengah) bersama Noridah (duduk dua dari kiri), Rithuan (duduk kanan sekali) bersama Ahli Persatuan Kontraktor G1 dan rakan media yang menjayakan program CSR Pulau Rusukan Besar, pada Ahad.

LABUAN: Persatuan Penggiat Media Labuan dan Persatuan Kontraktor G1 Labuan berkolaborasi jayakan program Tanggung Jawab Sosial (CSR) pembersihan dan pengindahan Pulau Rusukan Besar yang diadakan di pulau itu pada Ahad.

Program anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbadanan Labuan itu telah dirasmikan  oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa.

Selain itu, turut menjayakan program CSR tiga siri itu ialah Yayasan Sukarelawan Siswa Wilayah (YSW), Perbadanan Putrajaya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Astro Awani Dan Rakan Muda Labuan

Dalam program itu Persatuan Penggiat Media Labuan bersama Persatuan Kontraktor G1 Labuan memberikan sumbangan menerusi pembinaan empat buah meja dan kerusi santai  yang dihasilkan dari batang pokok terbuang.

Dr.Zaliha ketika berucap  berkata, program tersebut merupakan inisiatif strategik Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Perbadanan Labuan dan Yayasan Sekarelawan Wilayah dalam usaha bersama melaksanakan aktiviti tanggungjawab Sosial (CSR) Program Pembersihan dan Pengindahan Pulau Rusukan Besar.

“Program tiga siri yang dijalankan setiap hujung minggu bermula pada 8 September lalu memberi fokus kepada aspek kebersihan Dan pengindahan pulau untuk menjayakan industri pelancongan  di Wilayah Persekutuan Labuan menjadi lebih vibrant” katanya.

Jelas beliau, hasil daripada pelaksanasn program CSR ini, Pulau Rusukan Besar bagai di remajakan semula dengan kemudahan seperti rumah pokok, buaian pantai, kafe, tandas baharu dan lain lain lagi.

Sementara itu katanya,  pembinaan jeti baharu juga akan mula dibina pada bulan Oktober ini untuk menggantikan jeti lama yang telah usang.

Program CSR yang dijayakan lebih 300 Sukarelawan sepanjang tiga siri itu memberi nilai tambah kepada industri pelancongan pulau Labuan.

Hadir sama pada siri terakhir menyiapkan final touch up program berimpak tinggi itu ialah Ketua Pengarah JWP, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Ruthuan Mohd Ismail, Pengerusi Kontraktor G1 Labuan, Haji Chemat Mustapha Dan Bendahari Persatuan Penggiat Media Labuan, Jefferi Nian mewakili Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN