OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
RANAU: Majlis Daerah Ranau (MDR) menguatkuasakan langkah-langkah pengawalan susulan arahan dikeluarkan Pusat Arahan COVID-19 Negeri Sabah kemarin.
Menurut Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jaiping Minsu, menerusi satu notis yang dikeluarkan, Pusat Arahan telah memutuskan ‘Tempoh Beroperasi’ bagi beberapa perkhidmatan serta premis di daerah ini dihadkan seperti berikut:-
Pasar dan Stesen Minyak hanya dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang, manakala Pasaraya/Kedai Serbaneka dan Restoran dari 6 pagi hingga 6 petang sahaja.
“Semua operasi Bas Terminal, Unser dan Taksi Awam antara Dearah (Inter-District) adalah ditutup mulai hari ini, 22 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020,” jelas Jaiping.
Katanya, langkah-langkah itu dilaksanakan bagi mengawal dan mencegah penularan virus Covid-19 khususnya di Ranau .
Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan lapan kematian akibat virus itu setakat semalam di negara ini. –TAMAT–