27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MDR jayakan program gotong royong

GIMIKā€¦Jumain (lima kiri) sempat merakam gambar bersama Jupirin dan para kakitangan MDR.

RANAU: Cuaca tidak menentu (hujan) diawal pagi namun tidak menghalang para kakitangan Majlis Daerah Ranau (MDR) bersama para jemputan untuk menjayakan program Gotong-Royong  menanam pokok kayu hiasan dan pokok bunga di tempat-tempat strategik kawasan pekan  pagi tadi.

Lokasi lain yang turut ditanam dengan pokok ialah, kawasan hadapan  bangunan strategik Blok D, Koisaan Point Ranau.

Turut hadir menyertai gotong – royong itu ialah Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau (MDR), Jupirin Bin Haji Ruhimin, sementara ‘Gimik’ perasmian yang juga turut hadir menyertai gotong  royong tersebut telah disempurnakan Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi MDR, Jumain Bin Abd.Ghani.

Jumain ketika ditemui, memuji kakitangan MDR kerana hadir. menjayakan projek gotong royong itu walaupun berhujan.

“Inilah semangat yang kita mahu dalam menjayakan apa juga program kendalian MDR yang berfungsi untuk meletakkan pekan Ranau yang Bersih, Indah, Cantik dan Selamat kepada orang awam”, jelas Jumain.

Jupirin ketika ditemui  memaklumkan gotong royong itu dilaksanakan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menanam 1.3 juta pokok suruh negara.

“Kita menjayakan gotong royong ini sempena ‘Hari Menanam  Pokok’ yang mensasar 1.3 juta pokok seluruh negara”, tegas Jupirin.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN