Cik Haidah (dua kanan) dan Cik Nurhafidzah (dua kiri) bersama rakan mereka.
RANAU: Para penjaja dan pemborong buah-buahan tempatan di pekan Ranau, memohon kepada Majlis Daerah Ranau (MDR) supaya memasang atap kawasan lapang di hadapan pasar terbuka pekan itu untuk kemudahan para pemburung buah dan orang ramai.
Ramai pemburung buah-buahan yang ditemu, mencadangkan agar MDR memasang atap dengan bentuk yang sesuai di sepangang kawasan lapang berhadapan pasar terbuka itu agar para pemborong dan penjual buah-buahan tempatan bermusim seperti buah durian, cempadak, tarap, rambutan, langsat dan banyak lagi yang terpaksa berpanas dan berhujan di kawasan itu kerana tiada atap penghadang.
“Kami semua terpaksa berhujan dan berpanas di sini kerana tidak beratap”, jelas dua orang penjaja dan pemburung buah-buahan, Cik Haidah Binti Usin 35, dan Cik Nurhafidzah Binti Abin 32.
Mereka bersedia untuk menjaga kebersihan tapak itu termasuk membayar sewa jika diminta pihak MDR dan kawasan itu ada kemudahan beratap.