Mohd Yassin (memegang Jalur Gemilang) diperhatikan Jaiping (kiri) dan Sabilin ketika pelepasan konvoi.
RANAU: Majlis Daerah Ranau (MDR) catat satu sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan majlis Sambutan Hari Malaysia ke-57 dengan berkonvoi bermula dari Padang Pekan melintasi pekan Ranau menuju perkarangan Pejabat MDR, memperlihatkan kepada awam lebih 10 buah aset utama seperti Sky Lef (1 buah), Roll, Copec (2 buah), Backoe (1 buah), Lori Pengangkut Sampah (2 buah), Tracter 1 buah dan banyak lagi yang digunakan yang digunakan dalam pengoperasian tugasan luar para kakitangannya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama kawasan perkadarannya.
Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi MDR, Mohd.Yassin Bin Ibrahim ketika berucap merasmikan program itu, memuji kejayaan MDR kerana Keprihatinan dan kejayaan melaksanakan fungsi dan peranan mempastikan kawasan perkadaran khususnya sekitar pekan sentiasa bersih dan selamat kepada orang awam.
Menurutnya, tugas dan peranan mewujudkan kebersihan kawasan pekan juga adalah tanggungjawab bersama termasuk orang ramai dengan tidak membuang sampah di merata tempat.
“Saya senang hati melihat kejayaan MDR melaksanakan program sambutan Hari Malaysia ke-57 sebagai bukti kita menghargai usaha serta pengorbanan para pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan Hari Malaysia sebagai satu kejayaan yang kini dinikmati lapisan masyarakat pelbagai kaum, agama dan idiologi politik”, Mohd Yassin.

Sebahagian kakitangan yang menyertai konvoi.
Beliau menegaskan, kejayaan MDR itu adalah hasil permuafakatan semua kakitangannya meskipun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun, mampu dilaksanakan dengan jayanya.
Menurutnya Mohd. Yassin lagi, Sambutan Hari Malaysia hendaklah dihayati sepenuhnya oleh generasi muda yang kini bertuah dapat menikmati sebuah negara yang aman damai dan harmoni.
Beliau turut menyarankan kepada generasi muda supaya mempelajari sejarah negara dan mengenang jasa bakti para pejuang terdahulu yang telah berjaya memerdekakan negara tanpa pertumpahan darah.
Terdahulu, Pegawai Eksekutif MDR merangkap Pengerusi program, Jaiping Minsu dalam ucapan aluannya merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Pegawai Daerah (Mohd Yassin) kerana dapat meluangkan masa untuk hadir seterusnya merasmikan program itu, meskipun sibuk dengan tugasan harian di pejabat beliau.

GIMIK…….Mohd Yassin menghidupkan suis Sky Lef sebagai simbolik perasmian.
Beliau juga berterima kasih kepada Jawatankuasa pelaksana kerana menjayakan Sambutan Hari Malaysia walaupun masih dalam suasana PKPP namun atas komitmen, kegigihan dan kesungguhan para kakitangan MDR akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
“Saya mengharapkan tugas dan peranan para kakitangan MDR dapat dipertingkatkan lagi bagi mempastikan kebersihan pekan Ranau dan Kundasang yang merupakan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya negeri Sabah.
“Kita mahu para pelancong berpuas hati terhadap kebersihan didua kawasan pekan berkenaan”, jelas jaiping sambil menyarankan kepada semua kakitangan MDR supaya bertindak sebagai barisan hadapan dalam membantu menguatkuasakan Standard Operasi Prosidure (SOP) ‘Kita Jaga Kita’ yang disyorkan kerajaan.