Jupirin Hj Ruhimin
RANAU: Majlis Daerah Ranau (MDR) akan menganjurkan Pertadingan Kebersihan Tandas Awam dan Tandas Premis Makanan di kawasan Pekan Ranau dan Pekan Kundasang bagi tahun 2022.
Jawatankuasa pelaksana pertandingan memaklumkan pelbagai hadiah menanti kepada pemilik yang bakal memenangi pertandingan tersebut.
Pegawai Eksekutif MDR, Jupirin Bin Haji Ruhimin (gambar) memberitahu, pertandingan itu adalah antara rangka usaha meningkatkan tahap kesedaran kebersihan kepada semua yang berkaitan supaya sentiasa memberi tumpuan terhadap kebersihan tandas awam dan tandas premis agar sentiasa bersih sepanjang masa.
“Kaedah perlaksanaan pertandingan ini adalah Panel Hakimbyang dilantik akan membuat pemeriksaan ke setiap premis secara mengejut untuk menilai tahap kebersihan dan membuat pemeriksaan dengan menilai kriteria yang telah ditetapkan.
“Dan dalam pemeriksaan itu yang akan dilaksanakan bermula 26 Ogos hingga 6 September 2022, keputusan pertandingan akan diumumkan pada satu majlis Perasmian Program di Dewan Masyarakat Ranau.
“Justeru MDR memaklumkan kepada semua yang terlibat supaya membuat persediaan lebih awal pada atau sebelum para panel hakim melakukan pemeriksaan secara rawak ke premis masing-masing,”tambah Jupirin.