ADVERTISEMENTspot_img

McCorry (Malaysia) Sdn.Bhd anjur taklimat penghijauan dan penanaman pokok

Antara penduduk yang menghadiri taklimat tersebut.

RANAU: Lebih 100 penduduk daerah ini mengikuti Taklimat Penghijauan dan Penanaman Pokok anjuran McCorry (Malaysia) Sdn.Bhd, di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.

Taklimat itu selaras dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok sekaligus meningkatkan kesedaran semua  pihak mengenai pentignya kawasan litupan kehijauan hutan untuk kesejehtaraan dan kualiti hidup selain menambahbaik ekosistem dan biodivesiti negara.

Program itu juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semulajadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk meningkatkan betapa pentingnya penghijauan hutan di Malaysia selaras dengan matlamat Kempen Penanaman 100 juta  pokok seluruh negara di bawah  RMKe-12, seperti yang dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa mempengerusi Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 pada September 2020.

Sempena program itu Jawatankuasa berjaya menanam lebih 80 pokok  berhampiran  Kompleks Sukan Ranau.

Turut berucap pada taklimat itu ialah, Pegawai Pemeliharaan Hutan Pejabat Hutan Ranau, Edward Lapina, CEO McCorry (Malaysia) Sdn.Bhd, Jonas Israel dan Human Rescurce Manager, Elenice Tai yang telah menyampaikan Taklimat Utama.

Antara ratusan yang hadir ialah, Penolong Pegawai Tadbir(PPT) Pejabat Daerah Ranau,  Mohd.Fadzrie Bin Datuk Haji Faimin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jupirin Bin Haji Ruhimin, para pegawai dan kakitangan Jabatan kerajaan Negeri, Persekutuan dan pelajar sekolah.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN