24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAYAT remaja yang dilaporkan hilang ditemui di pantai Sungai Miri

MAYAT mangsa  yang ditemui diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke hospital Nukleus Labuan.

LABUAN: Mayat seorang lelaki remaja yang dilaporkan hilang di pantai Sungai Miri ditemukan mati lemas awal pagi hari ini.

Mayat mangsa Al Saeif Manahan, 17,  ditemukan oleh pasukan Mencari dan Menyelamat  (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama penduduk kampung kira-kira jam 5.50 pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan, Ismaidi Ismail ketika dihubungi di sini berkata, mayat mangsa  ditemukan tidak jauh dari tempat kejadian telah dikenal pasti oleh ibu mangsa  sebelum  diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Dalam kejadian 2.45  petang  pada Ahad,   pihak Bomba telah menerima panggilan mengenai satu kejadian hilang dikhuatri lemas  ketika mandi-manda  di pantai Sungai Miri membabitkan dua orang lelaki.

Bagaimanapun seorang daripada mangsa berkenaan yang dikenali sebagai Al Faiez Rizal, 23 iaitu abang tiri kepada Al Saef berjaya diselamatkan  sebaik operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Sementara itu usaha untuk mencari seorang lagi mangsa (Al Saef) terus dipergiatkan sehingga pagi hari ini  dengan melibatkan beberapa agensi  termasuk PDRM, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)  dan Angkatan Pertahanan Awam.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan  awal pagi ini, sebelum mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 5.50 pagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN