MAYAT…. Mayat salah seorang mangsa yang ditemukan diserahkan kepada polis untuk tidakan selanjut
LABUAN: Mayat dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di laut Kiamsam pada Selasa ditemukan tidak jauh daripada tempat kejadian petang kelmarin (Rabu).
Menurut laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, mayat kedua dua mangsa berusia 19 dan 20 itu dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan, PDRM, Bomba dan orang awam.
Menurut laporan itu, mangsa pertama dijumpai pada pukul 5.28 petang dan mangsa ke dua ditemukan pada jam 5.33 petang tidak jauh daripada tempat kejadian dilaporkan.
Sebelum ini, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang pada petang Isnin lalu, dipercayai pergi memancing menggunakan sebuah perahu kecil di periran Kiamsam.
Mayat kedua dua mangsa yang dikenali sebagai Yassin Jhonal 20 tahun dan Mohd Shah Nadzim 19 tahun diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan selanjutnya.