Yazid semasa disuntik vaksin dos kedua.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Masyarakat tidak perlu bimbang dan was-was serta merasa takut dengan pemberian vaksin Covid-19.
Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS)
Hj Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, kepada mereka yang belum divaksinka, jangan terpengaruh dengan beberapa maklumat yang tular di media sosial yang mengatakan ada kesan yang tidak baik terhadap individu yang telah divaksinkan.
“Rujuklah kepada pihak yang berkenaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)untuk mendapatkan maklumat yang sahih tentang vaksin” katanya kepada ketika ditemui selepas divaksinkan bagi dos kedua di
Pusat Pemberian Vaksin Hospital Besar Keningau kelmarin.
Sehubungan dengan ini Yazid merayu kepada masyarakat khususnya di Keningau supaya tidak was-was dan merasa takut dengan pemberian vaksin Covid19.
“Jangan dengar dan percaya apa yang diviralkan di media sosial kerana semuanya itu. Ia adalah selamat dan tiada kesan sampingan” jelas Haji Yazid sambil menceritakan pengalaman pertama beliau semasa menerima suntikan dos pertama.
Katanya, tidak ada apa-apa kesan sampingan yang beliau rasa seperti demam, pening, sakit, rasa lapar pun tidak ada sama sekali.
Beliau berkata, vaksin yang diberikan adalah untuk melindungi diri daripada jangkitan wabak Covid-19.
Pada masa yang sama Yazid mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan hadapan dan semua petugas yg mengendalikan program Imunisasi Kebangsaan peringkat Daerah keningau yang telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang begitu profesional dan berdisplin tinggi.
“Mereka sentiasa memberikan layanan dengan memberi bantuan dan panduan seta arah tuju kepada orang awam yang mengambil vaksin ini” katanya.
Mereka juga sentiasa memberikan senyuman mesra kepada semua orang awam.
Justeru itu kita perlu memberikan pujian kepada semua Pegawai Perubatan Kesihatan dan barisan hadapan atas jasa dan budi baik mereka dalam melaksanakan Imunisasi ini.
Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatin menyediakan vaksin untuk melundungi diri rakyat daripada jangkitan Covid-19.
“Kepada mereka yang belum mendaftar, daftarlah melalui Mysejahtera atau di pusat-pusat pemberian vaksin yang berhampiran” katanya.