30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat perlu mensyukuri peluang menyambut hari raya Aidilfitri – Jahid Jahim

FOTO Kenangan Jahid bersama tetamu dan tuan rumah.

TAMPARULI: Masyarakat perlu mensyukuri peluang menyambut hari raya Aidilfitri dalam keadaan yang normal, tidak lagi seperti sebelum ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini amat dinanti-nantikan oleh semua masyarakat beragama Islam di seluruh negara.

“Sudah dua tahun hari raya kita tidak dapat meraikannya dalam suasana ‘raya sebenar’, gara- gara pandemik COVID-19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia,”.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di rumah kediaman Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Tamparuli, Gustin Gagah di Kampung Suang Bangau, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Ketua Exco Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datin Malianah Ugau, dan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Edward Linggu Bukut.

Katanya, dua tahun sebelum ini, rakyat beragama Islam terpaksa merayakan Aidilfitri keadaan dalam normal baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana ketika itu masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan kerajaan bagi membendung penularan wabak tersebut.

“Pada masa itu, sambutan hari raya dibuat dalam skala yang kecil dan sederhana, malah terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja, tanpa aktiviti kunjung-mengunjung, ziarah- menziarahi atau majlis rumah terbuka malah solat sunat hari raya Aidilfitri juga jemaahnya terhad kepada bilangan yang dibenarkan oleh Majlis-majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

“Syukur Alhamdulillah tahun ini, kita kembali beraya dalam keadaan normal seperti tahun-tahun sebelum pandemik COVID-19, walaupun masih mengikut SOP yang ditetapkan.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berkata, semua itu adalah berkat komitmen dan disiplin rakyat dalam memerangi wabak COVID-19, selain tindakan, serta pendekatan drastik kerajaan sejak dari awal pandemik bermula.

Terdahulu, tuan rumah, Gustin Gagah menghargai kehadiran sahabat handai dan para pemimpin di peringkat daerah yang hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka tahun ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN