ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat Membakut Suarakan Pelbagai Isu Kepada Calon Warisan Dr. Mohd Kamaruddin @ Udin Abdul Hamid

MESRA… Dr. Udin (kiri) bersama pengundi kawasan Membakut.

MEMBAKUT: Calon Parti Warisan Membakut Dr Mohd Kamaruddin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dr. Udin berkongsi pelbagai isu yang disuarakan oleh masyarakat khususnya pengundi di kawasan itu sepanjang beliau berkempen yang mahukan penyelesaian segera sekaligus merubah kehidupan rakyat Membakut.

Sebahagian besar isu-isu yang diabngkitkan oleh masyatakat bukanlah isu- isi baharu, tetapi adalah isu lama yang berlanjutan sejak 20 tahun lalu.

Antara isu permasalahan yang dikongsikan kepada Dr Udin adalah isu pengangguran yang masih meningkat dan terus-menerus membelenggu masyarakat Membakut.

“Agak ramai juga graduan di Membakut ini yang sempat bertemu dan berkongsikan keperitan mereka mendapatkan pekerjaan.

“Lebih seratus graduan ini tidak mendapat pekerjaan meskipun telah mendapat segulung ijazah…saya agak bersimpati dengan mereka ini, sebab antara mereka ini adalah wanita dan agak sukar untuk berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mendapatkan pekerjaan.

“Pengamatan saya, apabila kita bercakap soal pengangguran ini, sudah semestinya berkait-rapat dengan sektor ekonomi disesuatu tempat itu, dan kita lihat kekurangan pertumbuhan sektor ekonomi di Membakut ini menjadi punca utama kepada peningkatan pengangguran dikalangan graduan kita” katanya ketika ditemui media.

Dr, Udin berkata, lebih 20 tahun kelembapan ekonomi di Membakut ini dirasai oleh generasi muda kita, mereka juga ada pelajaran dan boleh dijadikan bekalan untuk mendapatkan pekerjaan, namun peluang pekerjaan tidak ada di Membakut ini sebab ketiadaan pertumbuhan sektor ekonomi.

Jelasnya, misikinpun terdapat Terminal Minyak dan Gas (Sabah Oil and Gas Terminal) yang berada di Kimanis, terminal ini tidak mampu membuka banyak peluang pekerjaan disebabkan bidang ini amat khusus dan sudah semestinya memerlukan pengkhususan dalam bidang minyak dan gas dan lagipun ianya adalah terminal sahaja iaitu menyimpan minyak sebelum diangkut menggunakan ‘tanker’ ke terminal lain di Sarawak, dan tidak dapat membuka peluang pekerjaan banyak kepada anak tempatan.

MASALAH…. salah seorang peniaga kecil menyuarakan masalah kepada Dr. Udin (kanan)

Justeru itu katanya, perlunya diwujudkan sektor ekonomi yang mampu mempergiatkan aktiviti ekonomi untuk pelbagai lapisan masyarakat disini dan tidak ramai anak Membakut yang mempunyai kelayakan dalam bidang minyak dan gas.

“ Oleh kerana itu kita harus memikirkan, sektor ekonomi yang mampan yang mampu menjana aktiviti ekonomi setempat (tempatan) dan membuka banyak peluang pekerjaan kepada pelbagai kategori kelayakan anak tempatan.

“Telah ada pelan pembangunan negeri untuk semua daerah-daerah yang berpotensi untuk dimajukan, dan sepanjang 26 bulan pemerintahan kerajaan Warisan, Membakut adalah antara yang telah disenarai dalam pembangunan jangka panjang negeri…namun pelan pembangunan ini tidak sempat untuk dilaksanakan dan kita terpaksa sekali lagi mengadakan pilihanraya.

“Kita mengharapkan dengan kesedaran yang semakin meningkat dikalangan rakyat Sabah keatas ‘sumber kita hak kita’ dan ‘kuasa menentukan pemerintahan Sabah ditangan rakyat Sabah’ kita yakin akan Warisan akan meneruskan pemerintahan negeri Sabah,” katanya.

Dr Udin, anak jati Membakut telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak tahun 2003 sebagai pensyarah sehinggalah menjadi profesor madya pada tahun 2018 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan beliau telah menerima banyak anugerah dalam sektor pendidikan termasuklah Anugerah Inovasi Naib Canselor untuk Projek Model Pembangunan Negeri Secara Bersepadu (IISJ) dan kepakaran beliau adalah dalam bidang kejuruteraan kimia (chemical engineering).

Beliau berkata isu berpanjangan yang juga turut dikongsikan sepanjang kempen adalah masalah jalan yang sehingga kini menjadi satu ‘keperitan berpanjangan’ kepada penduduk tempatan.

“Penduduk dibeberapa kampung termasuk dipelusuk merasakan seperti tidak dipeduli meskipun setiap pilihanraya, mereka terus mengundi calon parti politik sebelum ini (iaitu bukan dari Parti Warisan Sabah), mereka mengadu kesukaran untuk ke Pekan Menumbok untuk menjual hasil pertanian mereka, mereka mengadu kesukaran untuk ke hospital sebab jarak jauh dari kampung mereka ditambah dengan kondisi jalan yang tidak baik.

“Tapi kali ini, kita melihat mereka ini telah berubah dan akan menyokong Warisan sebagai tempat untuk mengadu permasalahan mereka untuk penyelesaian…kita yakin akan mampu membantu mereka, dan semasa pemerintahan Warisan pun, telah ramai penduduk kampung di pedalaman Sabah telah dapat semula hak tanah mereka, ini bukti keperihatinan Warisan kepada rakyat Sabah,” katanya.

Dr Udin menyeru pengundi Membakut agar turun awal pada 26 September ini untuk membuat pilihan bijak dan sentiasa mengingati ‘sumber kita hak kita’ dan ‘kuasa menentukan pemerintahan Sabah ditangan rakyat Sabah’.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN