27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat luar bandar perlu celik ICT

Para peserta Kursus ICT merakam gambar bersama Zita (duduk empat kiri) dan Jusnah (duduk lima kiri) selepasĀ  penyampaian Sijil.

RANAU: Dalam Era Teknologi Maklumat masa kini Masyarakat luar bandar perlu celik ICT terutama menguasi  komputer untuk mengetahui perkembangan isu-isu global.

Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zeta Fedilis berkata,  perkembangan masa kini masyarakat luar bandar juga penting dan  perlu mempelajari peralatan  teknologi maklumat untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan tepat dan sahih.

Zita menjelaskan demikianĀ  ketika berucapĀ  mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri II merasmikan majlis Penutupan Program Kursus ICT anjuran Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kg.BitoonĀ  di SK.TompiosĀ  45 Kilometer dari pkn Ranau melibatkanĀ  20 orang peserta.

Zita juga memuji inisiatif KRT Kg.Bitoon dibawah pentadbiran Pengerusinya, Jusnah  Jinus kerana menganjurkan kursus tersebut untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan penguasaan  penggunaan ICT yang amat penting dalam kehidupan masa kini.

“Saya mengharapkan kepada peserta kursus ini supaya mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi untuk kebaikan sendiri dan asas untuk menunjuk cara kepada  rakan-rakan yang tidak sempat untuk menghadirinya” tambah Zita.

Jusnah dalam ucapan aluannya, berterima kasih atas kehadiran Zita menyempurnakan majlis penutupan Kursus ICT yang julungkali diadakan yang tertangguh berikutan pendemik Covid-19.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN