32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat luar bandar diseru berusaha mencari  produk sendiri

Rombongan dan orang ramai sempat merakam gambar bersama Datuk Jonathan (empat kanan) selepas memantau Tagal Kg.Tontolob Liwan (sungai Madsangoh)

RANAU: Masyarakat luar bandar diseru agar berusaha mencari  produk sendiri untuk maju tanpa bergantung terhadap bantuan daripada pihak kerajaan.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, penduduk luar bandar perlu bijak mencari inisiatif dengan membuka kawasan tanah pertanian dengan tanaman  yang sesuai bagi menabah pendapatan keluarga mereka.

“Selain aktiviti bidang pertanian, perladangan dan penternakan kita juga boleh mengusahakan industri Tagal ikan air sungai sebagai satu lagi industri jangka masa panjang.

“Tagal’ MOU Kg.Tontolob Liwan di sini, boleh dijadikan contoh untuk maju ke hadapan dalam mewujudkan produk industri setempat boleh dijadikan sumber pendapatan penduduk sesebuah kampung”, jelas Datuk Jonathan  ketika berucap.pada majlis Pemantauan Tagal MOU Kg.Tontolob Liwan di sungai Madsangoh baru-baru ini.

Majlis yang julungkali diadakan itu,
merupakan inisiatif lebih 50 keluarga yang kini mencecah lebih 500  penduduk Kg.Tontolob Liwan mengusahakan tagal berkenaan yang telah didaftarkan sejak dua tahun lepas.

Kg.Tontolob Liwan terletak kira-kira 24 kilometer dari pekan Ranau  dan 35 kilometer dari pekan Tambunan.

Datuk Jonathan dalam ucapannya memuji komitmen penduduk Kg.Tontolob Liwan, kerana inisiatifnya mewujudkan sistem tagal sebagai alternatif menjaga serta mengekalkan hidupan air sungai seperti spesis ikan untuk diwarisi generasi akan datang.

“Melalui sistem ‘Tagal’ ini satu cara kita memelihara hidupan air seperti ikan agar tidak pupus menjadi mangsa  kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab  sengaja menggunakan bahan racun (tuba) dan bahan letupan untuk mendapatkan ikan dengan tempuh yang singkat.

“Mereka itu tidak memikirkan jangka masa panjang untuk generasi  mereka pada masa akan datang “, jelas Datuk Jonathan dan menyifatkan pewujudan sistem tagal sebagai langkah bagi mendapatkan sumber ekonomi penduduk jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh, jujur dan penuh kesabaran.

‘Saya mengharapkan kepada penduduk khususnya Jawatankuasa Tagal di sini, supaya sabar dalam melaksanakan sistem tagal meskipun  menghadapi  pelbagai cabaran mendatang.

‘Sebenarnya untuk mencapai kejayaan terhadap apa juga usaha  memerlukan kesabaran kita walaupun berhadapan dengan cabaran yang cuba mematahkan semangat untuk maju”, tambah Datuk Jonathan.

Berucap sama ialah Pengerusi Tagal MOU, Kg.Tontolob Liwan, Asmat Bin Daimin mewakili JawatankuasaTagal  dan penduduk Kg.Tontolob Liwan, berterima kasih atas kesudian Datuk Jonathan dan rombongan menghadiri majlis tersebut

Majlis yang bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir 1.00 petang dengan hidangan juadah  masakan  menggunakan Bambu disifatkan ‘Lain Dari Yang Lain’ cukup menyelerakan.

“Ini lah majlis yang sayai hadiri menggunakan bahan Bambu dalam masakan ala tradisi, cukup sedap menyelerakan”, kata Dominik Kasuman Pegawai Pemantau Projek Pejabat Parlimen Ranau bersama ahli rombongan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen  Ranau.

Turut hadir ialah, Pegawai  Perikanan daerah Tambunan, Alfon Ted Anthony, Pemaju Masyarakat Tambunan,  Mohd. Hamjjaz Bin Iqbal, Pengerusi JPKKKg.Tontolob Liwan, Mohd. Nursaifullah Bin Jaicob , dan Ketua Kampung Tontolob Liwan,  Jamain Bin Daimin.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN