27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat Islam diseru berhijrah kepada kehidupan yang lebih cemerlang.

Para penerima Anugerah merakam gambar bersama Masidi dan AJK yang lain.

RANAU : Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun menyeru masyarakat Islam agar berhijrah daripada kehidupan biasa kepada kehidupan yang lebih cemerlang.

Menurutnya, sudah tiba masanya umat Islam mengubah corak kehidupan menerusi usaha gigih dalam memajukan minda mereka untuk maju ke hidupan dengan memperkasakan usaha dalam bidang Pertanian, Penternakan, Perniagaan dan Perusahaan untuk menjana pendapatan lumayan sekaligus membina kehidupan masa depan yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama masyarakat Islam jangan tinggalkan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama kerana ia aspek yang penting diseimbangkan demi kehidupan dunia akhirat”, jelas Masidi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan menjelaskan demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Ma’al Hijrah peringkat daerah di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.

Pada Perhimpunan bertemakan  ‘Membangun  Umat Madani’ itu, Masidi seterusnya mengajak masyarakat Islam agar tidak mencampur-adukan agama dengan politik kerana ia berlainan dimana politik kekadang boleh memecah-belahkan perpaduan, persaudaraan dan keharmonian antara kaum.

Masidi (kiri) ketika berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat Daerah Ranau 2025.

“Ayuh mari kita kurangkan berpolitik, sebaliknya, meningkatkan pengatahuan ilmu agama bagi menjamin kemakmuran, perpaduan dan persaudaraan sesama kita.

“Mari kita kurangkan  budaya berpolitik, yang kadang-kala boleh membawa perpecahan apabila timbul fitnah-memfitnah yang boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri.

Masidi melahirkan perasaan gembiranya kerana ramai Islam di daerah Ranau yang telah berjaya meningkat kan bidang perusahaan, pertanian dan perniagaan ke tahap yang lebih maju hasil usaha gigih sendiri dan dengan bantuan agensi kerajaan.

Berucap sama ialah, Pegawai Daerah Ranau yang juga Ketua Badan Dakwah daerah Ranau, merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjur sambutan Maal Hijrah, tuan Tinus Mangam sementara hadi sama ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Amisah Yassin, ketua- ketua jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan, NGO serta para pemimpin  masyarakat setempat.

Sementara ceramah Khas Maal Hijrah telah disampaikan Timbalan Mufti kerajaan Negeri Sabah, Abd.Razak Bin Hamdin, manakala turut disampaikan ialah Tokoh Maal Hijrah dan Anugerah penghargaan kepada beberapa  penerima pelbagai bidang.

Majlis diserikan dengan persembahan lagu-lagu Nasyid  daripada kumpulan Nasyid ‘D-Hawa’ dari Kg.Karanaan mendendangkan dua buah lagu berjudul ‘Senandong Alfatihah” dan   ‘Assalamualaika’ pimpinan Nur Aziatul Hakimah Binti Hakim diketuai Noraznie Binti Jusilin.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN