CENDERAHATI….Bashir menerima cenderahati daripada Mohd Ali selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan USIA Bahagian Labuan, pada Sabtu
LABUAN: Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali@ Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Omar Bledram menyeru masyarakat Islam termasuk golongan belia dan beliawanis di pulau ini menyertai pertubuhan itu sebagai usaha menyemarakkan dan memartabatkan lagi dakwah Islamiah selain melahirkan pemimpin pelapis masa depan.
Ini kerana katanya, USIA yang telahpun menjangkau setengah abad dengan matlamat utamanya untuk memperjuangkan dan menyebarkan dakwah Islam memerlukan lebih ramai ahli dan pemimpin pelapis agar pertubuhan tersebut dapat bertahan lama dan kekal relevan.
“Inilah kewajiban kita sebagai pemimpin untuk menarik lebih ramai masyarakat Islam menyertai USIA terutamanya golongan belia dan beliawanis kerana mereka inilah bakal penganti kepimpinan masa depan” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan USIA Bahagian Labuan kali 34/35 2020-2021 yang diadakan di Dewan DSP Mohamed Bledram, dekat sini, pada Sabtu.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias.

Sementara itu, Mohd Ali berkata USIA Bahagian Labuan akan terus komited untuk memartabatkan dan memperjuangkan penyebaran dakwah agama Islam selaras dengan matlamat dan dasar penubuhan USIA.
Mensyuarat yang berjalan dengan lancar itu turut memilih jawatakuasa baharu bagi sesi 2022-2024 dengan menyaksikan Mohd Ali @Aliman Asmaran mengekalkan jawatan yang disandangnya untuk tempoh 2022-2024.
Jawatan Timbalan Ketua disandang oleh Sahari Amdan, Naib Ketua disandang oleh Yahya Bakri, Setiausaha di sandang oleh Norliha Haji Lamat dan Penolong Setiausaha Norazaimah Kassim.
Manakala bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap m,asing masing disandang oleh Haji Osman Matusin dan Haji Harris Abdullah.
Sementara itu lima AJK yang dipilih ialah Haji Mohammad Abdullah, Prof Dr. Harun Pudin, Haji Samad Maidin, Haji Ahmad Haji Akil dan Jamal Ejob.