25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat dingatkan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tawaran atas talian: Jonathan Yasin

Witrinia(kanan) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Jonathan diperhatikan  Dsp.Simiun bersama yang lain.

RANAU: Komuniti akar umbi di daerah ini diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran untuk mendapatkan sumberĀ  kewangan menerusi aplikasi whatsApp, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan menenerusi Internet.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, ramai penduduk Ranau yang terpengaruh dengan tawaran-tawaran yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab  bertujuan untuk menipu termasuk tawaran kerja di luar negara menawarkan ganji yang tinggi, sebaliknya ia merupakan suatu  penipuan.

“Ramai yang tertipu dengan janji-janji manis kumpulan penipu di mana akhirnya yang tertipu menjadi mangsa pemerdangan manusia dan yang teruk lagi menjadi mangsa penjualan organ manusia di luar negara.

“Justeru kita kena berhati-hati jangan terpedaya atau terpengaruh dengan tawaran memberi pulangan yang lumayan tanpa meneliti siapa orang itu dan daripada  mana mereka “, jelasnya.

Selain itu, Datuk Jonathan juga mengingatkan para ibu bapa supaya sentiasa mengawasi keberadaan anak masing-masing supaya tidak  menjadi mangsa culek oleh mereka yang tidak dikenali dipercayai menjalankan kegiatan berkaitan  menjual komponen (orgen) manusia, kini sedang di pantau.

“Para ibu bapa juga berperanan memastikan anak-anak tidak terjerumus dengan kegiatan tidak bermoral seperti terjabak dengan penagihan najis dadah yang bakal menghancurkan masa depan anak itu sendiri, keluarga dan komuniti seluruhnya.

“Pembabitan anak-anak termasuk pelajar sekolah dalam kes-kes penyalahgunaan najis  dadah, kini semakin membimbangkan kerajaan dengan sebab itu pengawasan daripada para ibu bapa, guru-guru dan masyarakat dalam usaha membendungnya adalah amat penting”, tegas Datuk Jonathan  ketika berucap pada Majlis Taklimat Isu Semasa Mukim Sumini mpod/Kepangian di Dewan Mini Kg.Gana-Gana  15 kilometer dari pekan Ranau pada Jumaat.

Menyentuh isu-isu pembangunan infrastruktur di  kawasan luar bandar,  Datuk Jonathan memaklumkan, oleh sebab peruntukan kewangan yang terhad pihaknya akan memberi pertimbangan kelulusan peruntukan melaksanakan projek berdasarkan keutamaan serta keperluan mendesak.

“Rakyat kena sabar menunggu peruntukan kewangan projek  untuk yang benar-benar mendesak akan diberi keutamaan “, tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Simium Bin Lomudin yang menyampaikan taklimat Jenayah Dan Keselamatan, Pegawai Kesejahteraan Masyarakat, Samdin Bin Rijin,  Pemaju Mukim Suminimpod, Sibin Keidau, Ketua Kampung Kg.Gana-Gana, Roslin Sion, rombongan daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau  bersama lebih 100 penduduk dari beberapa buah kampung Mukim Suminimpod (Kg.Tiang Lama, Kg.Longut Lama, Kg.Kopongian, Kg.Suminimpod, Kg.Niasan, Kg.Nampasan Lama, Kg.Gaur, Kg.Giring-Giring, Kg.Bayag, Kg.Kitaie dan Kg.Togoyog).

Turut berucap mewakili penduduk ialah, Pengerusi JPKK merangkap Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia ‘Pangi’ Kg.Gana-Gana, Witrinia Kimin.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN