27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid, Surau dan Asnaf di DUN Bongkor terima sumbangan.

Robert menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang asnaf wanita pada majlis itu. Turut kelihatan Jeffrey (tiga dari kanan) dan Annuar (dua dari kanan).

KENINGAU: Sebanyak 10 buah Masjid dan 10 buah Surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Selain itu Robert juga menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada seramai 660 orang asnaf di DUN Bingkor.

Sumbangan tersebut disampaikan semasa majlis berbuka puasa dan Pemyampsian Sumbangan Ahli Parlimen P.180 Keningau yang telah diadakan di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata sumbangan seumpama itu telah dilaku setiap tahun di kawasan ini.

Katanya, sumbangan yang diberikan ini diharapkan menyemarakkan lagi suasana di bulan Ramadan yang mana masyarakat Islam sedang melaksanakan ibadah puasa.

Sementara itu Pengerusi Masjid Ar-Raudah Kampung Mengitom Baru Masuruddin Abdul Halim mengucapkan terima kasih kepada Robert diatas sumbangan tersebut.

Katanya, sumbangan serupa itu telah lakukannya oleh ADUN Bingkor pada setiap tahun.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan dan Ahli Parlimen P.180 Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Datuk Kitingan, ADUN Liawan Datuk Annuar Datuk Ayub merangkap Pengerusi Sabah Enerrgy Corporation Sdn Bhd, Ketua Daerah N.40 Bingkor OKK Danil Palangi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.41 Liawan Fred Toyong dan wakil Pegawai Daerah Keningau Yamin Karinong

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN