Haji Yazid menyampaikan sumbangan kepada Ryner.
KENINGAU:Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menghulurkan sumbangan kebajikan kepada salah seorang jemaah masjid Ryner @ Raynold Bin Micahel dari Kampung Bingkor Lama.
Menurut Pengerusi Masjid Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles sumbangan tersebut adalah untuk membantu keperluan perubatan isteri Ryner yang sedang sakit.
Haji Yazid berharap dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah meringankan bebanan keluarga Ryner.
Haji Yazid dan ahli ahli jemaah masjid mendoakan agar isteri Ryner diberikan kesembuhan yang cepat dan sihat seperti sediakala.
Sumbangan itu disampaikan oleh Haji Yazid kepada Ryner @ Raynold Bin Micahel.
Turut sama ialah Imam Masjid Imam Juslin Ibrahim, dan Bendahari Masjid Usaid Sukimin.
Sementara itu, Robert turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada Sekolah Kebangsaan (SK)Binaong Keningau untuk membiayai program sekolah khususnya Projek Keceriaan Dewan terbuka sekolah itu.
Zaki bersama Haji Yazid (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Haini.
Sumbangan disampaikan oleh Penyelia Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Zaki Zakaria mewakili Datuk Robert yang juga ADUN Bingkor kepada Guru Besar SK Binaong Puan Haini Haji Suparno di Pejabat UPPM N.40 Bingkor.
Menurut Puan Haini, sekolah itu adalah salah satu sekolah dalam Program Transformasi sekolah ( TS25 ) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Saya mewakili warga Sekolah melahirkan rasa terima kasih kepada Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert yang menghulurkan sumbangan kewangan kepada sekolah kami” katanya.
Sebelum ini pun Datuk Robert telah menyumbangkan kewangan untuk membina pintu gerbang sekolah yang telahpun siap tahun lalu.
Turut bersama semasa penyampaian sumbangan itu ialah Ahli Jawatankuasa Bahagian Starsabah N.40 Bingkor merangkap Ketua Biro Pendidikan yang juga Ahli Majlis Daerah Keningau Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.