Haji Yazid menyampaikan sumbangan kepada Dani.
KENINGAU:Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menghulurkan sumbangan kewangan kepada dua Ahli Jemaahnya yang terlibat di lokasi yang berasingan baru-baru ini.
Mereka ialah Puan Rosmayanti Tiro dan Encik Dani Johari.
Sumbangan masing-masing disampaikan oleh Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Hj. Yazid Hj. Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan Setiausaha Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said.
Haji Yazid dan Kamaruddin Said menyampaikan sumbangan semasa menziarahi di rumah mangsa kemalangan masing-masing.
Bercakap kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini Haji Yazid berkata, beliau dan Ahli-Ahli Jemaah Masjid mendoakan agar Puan Rosnayanti dan Encik Dani dipermudahkan rawatannya dan cepat sembuh serta sihat seperti sedia kala.



