Yazid menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima.
KENINGAU:Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor mengagih-agihkan 200 bungkus daging Korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Pengagihan daging tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan Imam Juslin Ibrahim.
Yazid yang juga Ketua Biro Agama Islam DUN N.40 Bingkor berkata, agihan itu melibatkan 200 orang dari 21 kampung di sekitar Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor yang terdiri dikalangan fakir miskin, saudara Muslim termasuk petugas pelapah lembu yang dikorbankan.
Kelihatan para petugas (pelepah)lembu korban melepah daging sebelum diagih-agihkan.
Jelasnya lima ekor lembu disembelih (dikorbankan)termasuk seekor lembu yang sumbangkan oleh ADUN Bingkor Robert Tawik @ Nordin yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.
Menurut Yazid pelaksanaan kerja-kerja Korban di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor mematuhi peraturan dan mengikuti syarat-syarat yang ditetapkn oleh KKM dan JHAEIS.
Salah seorang pelepah daging melepah daging korban dengan sempurna.
Tambahnya, semasa pelaksanaan tersebut telah dipantau oleh Pegawai dari Jabatan Veterina Daerah Keningau.
Pada masa sama Yazid merakamkan terima kasih kepada Robert diatas sumbangan seekor lembu di majlis tersebut.
Beliau juga berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana majlis Korban atas komitmen yang diberikan sehingga majlis tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.