Robert menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau Sandapak imam Raffie Abdullah, sambil disaksikan oleh Yazid (tengah).
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan kepada 18 buah Masjid dan Surau di kawasan Dewan Ungangan Negeri (DUN)Bingkor.
Sumbangan dalam bentuk kewangan itu diterima oleh Pengerusi-Pengerusi Masjid dan Surau untuk program sepanjang Bulan Ramadan 1442H/2021M ini.
Masjid dan Surau yang menerimanya adalah Masjid Ar Raudah Mengitom, Masjid Nur Islam Kg Binaong, Masjid Riyadhus Solihin Merampong, Masjid Al Malik Baginda, Surau Lambanga,
Masjid Nur Hidayah Bingkor, Surau kg. Tagai, Surau Bunga Raya, Masjid Al Huda, Kg. Kirokot Baru, Surau Sandapak, Surau Tuarid Taud, Masjid Ar Rasyid Kota Ayangan, Surau Kilambang, Surau Bandukan Baru, Masjid Ukhuwah Apin Apin, Surau Alml Hedayah Tohan Baru, Masjid Ar Rahim Pekan Keningau dan Masjid At Taqwa Daerah Keningau.
Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri kerja Raya, sumbangan seumpama ini dilakukannya pada setiap tahun di musim bulan Ramadan.
“Dengan adanya sumbangan ini dapatlah meringankan jawatankuasa Masjid dan Surau melaksanakn program sempena dengan bulan Ramadan dengan Norma baharu di musim pandemik COVID-19 ini” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di Pejabat ADUN Bingkor kelmarin.
Beliau berharap agar semua yang dirancang oleh jawatankuasa Masjid dan Surau masing-masing berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Pada masa sama Robert meminta semua jawatankuasa Masjid dan Surau mematuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau juga mengucapkan Selamat Berpuasa seluruh masyarakat Islam di kawasan ini.
Turut hadir Hj. Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles; Ketua Biro Agama DUN Bingkor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.