Ahli Jawatankuasa USIA terpaksa menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke tingkat tiga pejabat USIA,
LABUAN: USIA Bahagian Labuan tiada banyak pilihan selain membina tangga baharu untuk naik ke pejabat USIA setinggi tiga tingkat.
Usaha untuk membina tangga baharu itu terpaksa dilakukan selepas laluan tangga yang diguna sama dengan sebuah hotel bersebelahan pejabat USIA sebelum ini telah ditutup oleh pihak hotel berkenaan sejak April lalu.
Pihak hotel terpaksa menutup laluan tangga guna sama yang digunakan sejak puluhan tahun itu kerana berlakunya kerja naik taraf hotel, tambahan pula pihak hotel memaklumkan kedudukan tangga berkenaan berada sepenuhnya dalam kawasan hak milik hotel berkenaan.
Sementara itu, Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali@Aliman Asmaran Mohd. Bledram menjelaskan telah USIA Labuan hanya menerima surat notis penutupan tangga tersebut selepas laluan tangga itu telah ditutup sepenuhnya.
Penutupan tangga itu juga sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan USIA tertamamya yang melibatkan sewaan dewan persidangan dan ruang pejabat yang sebelum ini menerima tempahan untuk tujuan persidangan, majlis pernikahan dan penyewaan pejabat oleh syarikat kontraktor.
Berikutan penutupan tangga itu, Ahli jawatankuasa USIA Bahagian Labuan yang bermesyuarat pada Selasa telah mengambil inisiatif dan mencari jalan bagi membina tangga baharu atau tangga lift.
Namun demikian kekangan utama yang dihadapi USIA Bahagian ialah dana yang diperlukan untuk membina tangga lift setinggi tiga tingkat.
Mohd Ali berkata kos membina tangga baharu atau tangga lift dianggarkan sekitar RM300, 000 hingga RM500, 000.
Sementara itu, Mohd Ali menasihat kan ahli ahli USIA khususnya Ahli Jawatankuasa USIA Bahagian untuk bersabar dan mengelakkan menyalahkan takdir serta mengingatkan ahli ahlinya bahawa setiap kesukaran pasti ada hikmah atau jalan penyelesaian.



