Ghani (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Hidayah Nabawan Ustaz Syamsul Harris Mohd Diah.
NABAWAN: Enam buah masjid dan 13 surau di daerah ini masing-masing menerima bantuan buah kurma dan wang tunai sumbangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan.
Penyampaian sumbangan berkenaan disempurnakan oleh ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin di Masjid Al-Hidayah, Nabawan sempena majlis berbuka puasa bersama jemaah masjid berkenaan.
Ketika di temui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, penyampaian sumbangan ini merupakan acara tahunan sejak dahulu lagi sebelum beliau menjadi ADUN Nabawan.
Jelasnya, diharapkan sumbangan seumpama ini dapat mengimarahkan pelbagai aktiviti keagamaan masyarakat Islam sepanjang bulan ramadan ini.
Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada syarikat Celcom Timur kerana menyumbangkan sebuah kipas besar bagi keselesaan masyarakat Islam di masjid ini berbanding sebelum ini menggunakan penghawa dingin yang memakan kos bekalan elektrik yang mahal.