26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Al-Munawar Pohon Batu anjur Majlis Berselawat

USTAZ  Mohd Zaki (lima kanan), Haryadi (lima kiri), Mohd Dzulfaizal (empat kanan) dan Ahmad Junid (tiga kanan) bergambar kenangan selepas Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Munawar, Kampung Pohon Batu, malam Selasa lalu.

LABUAN: Masjid Al-Munawar, Kampung Pohon Batu  tidak mahu  ketinggalan dalam menganjurkan Majlis Berselawat sempena  Sambutan Maulidur Rasul 2021.

Pengerusi Masjid Al-Munawar, Haryadi Omar berkata pihaknya tidak pernah ketinggalan mengimarahkan masjid dengan mengadakan pelbagai program keagamaan termasuk Sambutan Maulidur Rasul.

Katanya, dengan pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan, program tersebut berjalan lancar dengan kehadiran hampir 100 jemaah lelaki dan perempuan.

Haryadi berkata, AJK Masjid Al-Munawar sudah pun merancang akan mengadakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada umat Islam khususnya di Kampung Pohon Batu.

“AJK Masjid Al-Munawar akan menjalinkan kerjasama dengan JAWI Labuan untuk mengadakan program keagamaan bagi manfaat umat Islam khususnya di Kampung Pohon Batu,”katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan pelbagai program di Masjid Al-Munawar.

SEBAHAGIAN…. jemaah yang menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Munawar, Kampung Pohon Batu, malam Selasa lalu.

Dalam waktu yang sama,  Haryadi mengalu-alukan kehadiran jemaah di Kampung Pohon Batu untuk mengimarahkan masjid dengan mengikuti pelbagai program yang membantu menambah ilmu di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.

Antara pengisian majlis, solat Isyak berjemaah dan berselawat sebagai simbolik kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Turut diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh  Penolong Pengarah Kanan Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Ustaz Mohd Zaki Mat Salleh.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan, Pengerusi MPP Subzon 4, Ahmad Junid Aling, Timbalan Pengerusi Masjid, Haji Tassim Amin, Imam 1, Ustaz Abd Rahman Muha dan Imam 2 Saparudin Kamis serta Pengerusi Rukun Tetangga Pohon Batu, Dasuki Haji Zainal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN