WATIKAH…..Ustaz Mohd Zaki ketika menyampaikan watikah pelantikan AJK Masjid Al-Falah 2020-2023 kepada Shuhaimi Kula sambil diperhayikan Rahman.
LABUAN: Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Falah Kampung Bukit Kalam melancarkan tabung kutipan untuk membina masjid baharu bagi menggantikan banguman yang sedia ada.
Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras permohonan kebenaran daripada pihak berwajib sebelum membuat kutupan bagi merealisasikan impian tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid itu Rahman Jumat berkata, bangunan baharu tersebut dianggarkan bernilai RM10 juta , akan dibina di tapak seluas 2 ekar dengan kemudahan ruang solat yang mampu menampung sekitar 200 jemaah dan lengkap dengan kemudahan prasarana seperti dewan kuliah.
“Bangunan Masjid Al-Falah sekarang adalah antara masjid tertua di Labuan yang menjangkau usia lebih 50 tahun.
“Ruangan solat juga sudah tidak mampu menampung kariah kampung Bukit Kalam khususnya ketika solat Jumaat,”katanya pada Majlis Penyampaian Watikah AJK Masjid Al-Falah sesi 2020-2023 yang diadakan baru baru ini.
Jelasnya lagi, pembinaan bangunan masjid baharu itu juga telah mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2020/10/IMG-20201009-WA0010-1024x570.jpg)
AJK….Ustaz Mohd Zaki (barisan kedua lima dari kiri) bersama AJK Masjid Al-Falah sesi 2020-2023 dan kakitangan masjid Al-Falah.
Pada majlis itu seramai 13 orang AJK 2020-Labuanotelah menerima watikah perrlantikan daripada JAWI, manakala13 orang pula menerima sijil penghargaan selaku AJK 2018-2020 termasuk kakitangan masjid JAWI Labuan.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI Labuan, Ustaz Mohd Zaki Salleh menyampaikan watikah tersebut.
Turut hadir Ketua Kamping Bukit Kalam Mat Said Harris.
sementata iyu, Mohd Zaki dalam.ucapan nya berkata, JAWI Labuan akan sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada Jawatankuasa Masjid Al-Falah bagi membina masjid yang baharu.
” Namun begitu Jawatankuasa Masjid Al-Falah perlu mendapat kan kebenaran daripada pihak berwajib bagi membolehkan tabung kutipan dapat dilaksanakan” katanya.
TAMAT