31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Adam Lajau tumbangkan 5 lembu dan 2 kerbau sempena Aidil Adha

Gambar: IBADAH KORBAN…. Bashir (7 dari kiri), Mohamad (5 dari kanan), Suhaili (3 dari kiri) bersama AJK Masjid Adam sempena Program Ibadah Korban Masjid Adam di Kampung Lajau, baru-baru ini.

LABUAN: Komuniti Masjid Adam Kampung Lajau di sini menumbangkan sebanyak lima ekor lembu dan dua ekor kerbau sempena Program Ibadah Korban Masjid Adam yang diadakan di perkarangan masjid berkenaan baru baru ini.

Menurut Penasihat Masjid Adam Kampung Lajau, Mohamad Jakob,   sebanyak dua  ekor kerbau  disembelih pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidil Adha manakala lima ekor lembu di sembelih pada hari kedua  yang melibatkan 49 peserta korban.

Beliau berkata, program  yang didakan di perkarangan Masjid Adam itu adalah anjuran bersama Jawatankuasa Masjid Adam  Kampung Lajau dan Komuniti Keluarga Malaysia Zon 5 (KKM Zon 5).

“Daging-daging korban tersebut telahpun diagihkan kepada penduduk kampung Lajau khasnya kepada golongan asnaf dan mereka yang  kurang bernasib baik” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias,  Pengerusi Masjid Adam, Yusli Haji Ahmad, Imam Masjid Adam, Ustaz Zamri Nayan dan Ketua Cawangan UMNO Kampung Lajau, Suhaili Amir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN