27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masidi dipilih Ketua Penaja Gagasan Rakyat Bahagian Karanaan

Datuk Masidi (duduk tengah) bersama Jawatankuasa penaja PGRS DUN Karanaan.

RANAU: Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri  Panglima Haji Masidi Bin Manjun, telah dipilih sebagai Pengerusi Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bagi DUN Karanaan dalam satu mesyuarat Jawatamkuasa Penaja DUN Karanaan di Hotel Perkasa Kundasang baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi diberikan kepada, Datuk Michael Y.
Dunggi manakala Jarden Bin Datuk Haji Jirin dilantik sebagai Setiausaha dan Mohd.Faiz Bin Datuk Haji Nurdin sebagai Bendahari, manakala Ketua Penerangan diberikan kepada Asmin Bin Nasir.

Sementara itu, Pengerusi Penaja  PGRS bagi DUN N.38 Paginatan diberikan kepad a Datuk Amisah Yassin (ADUN dilantik) dan Timbalannya disandang oleh Datuk Haji Faimin Bin Kamin, manakala Primus Gahun sebagai Setiausaha, Mahali Yusin sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan diberikan kepada Jamian Bin Abd. Manan.

Bagi DUN N.36 Kundasang Jawatan Pengerusi Penaja PGRS disandang oleh Johari Bin Suhaimin dan Timbalan Pengerusi diberikan kepada Siriman MF Basir, KAN Andrew dilantik sebagai Setiausaha dan Bendahari diberikan kepada Isran Bin Hadipin.

Bagaimanapun, perlantikan Jawatankuasa diperingkat Wanita akan diadakan dalam masa terdekat.

Datuk Masidi dalam ucapan ringkasnya, mengesa kepada semua peringkat agar menyusun strategi Jawatankuasanya diperingkat akar umbi meskipun Jawatankusa ini masih diperingkat ‘Penaja’.

“Buat masa ini, kita masih dalam proses pengemas-kinian dan kita akan bentuk Jawatankuasa yang dinamik kelak”, tambah Datuk Masidi.

         
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN