29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masalah petani di Kundasang, mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Industri  Makanan Malaysia.

Badrul (kiri) diiringi Simon (dua kiri) bersama rombongan ketika melawat gerai pekan Kundasang.

KUNDASANG: Masalah para petani di kawasan Kundasang, mendapat perhatian Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri  Makanan (MAFI) Malaysia, Datuk Badrul Hisham Bin Mohd.

Datuk Badrul yang mengadakan lawatan ke Kundasang dan sempat meninjau permasalahan yang di hadapi membelengui para pengusahan tanaman sayuran tanah tinggi  sekian lama.

Menurutnya, permasalahan yang membelengui para petani bagi mengusahakan pertanian mereka seperti kemudahan jalan raya yang sempurna, bekalan air bersih dan bekalan  letrik sepatutnya sudah lama dinikmati ribuan penduduk yang mengusaha  tanah pertanian khususnya untuk tanaman pelbagai jenis sayuran tanah tinggi Kundasang.

“Saya  berharap kepada para petani di kawasan Kundasang ini, agar bersabar sementara  menunggu tindakan positif yang bakal dilaksanakan pihak Mafi untuk mengatasi  permasalahan yang dihadapi.

“Masalah  ini akan saya kemukakan kepada kementerian berkaitan dan harapan kita akan dapat tindakan yang positif daripada  pihak kementerian berkaitan”, tegas Datuk Badrul, selepas mendengar luahan Persatuan  Pengusaha Pertanian Kundasang menerusi ucapan aluan Pengerusinya, Simon  Leong selepas  rombongan mengadakan tinjauan para penjaja sayuaran di gerai Kios pekan Kundasang dan lawatanya ke bebarapa lokasi perkebunan sayuran di Kundasang terutama kawasan Mosailou dan Montoki.

Simon dalam ucapan alu-aluannya, merakam penghrgaan dan berterima kasih atas kunjungan Datuk Badrul dan rombongannya ke Kundasang dan meninjau permasalahan yang dimenimpa para pengusaha tanaman sayur di Kundasang.

“Saya mewakili seluruh warga petani di sini, berterima kasih atas kunjungan Datuk dan rombongan dan  amat mengharapkan ada bantuan daripada Mafi untuk menyelasai permasalahan kami di sini yang sudah sekian lama berlaku tetapi tiada penyelesaian dan bantuan dari pihak berwajib”, tegas Simon sambil mendedahkan yang selama ini hnya melalui usaha sendiri daripada para petani dan pekebun membolehkan mereka mengusahakan kebun mereka masing-masing.

“Ada banyak masalah yang kami hadapi untuk mengusaha pertanian khususnya tanaman sayuran bukan sahaja laluan jalan raya ke kawasan tanah pertanian, bekalan air bersih dan letrik malah dari aspek lain termasuk lokasi Pasar Borong yang tidak sesuai, tiada dapat subsidi, harga racun, baja dan harga peralatan pertanian juga melambung tinggi, MyGap dan kekurangan tenaga kerja berikutan ramai pekerja yang sudah balik ke tempat asal mereka berikutan pandemik Covid-19.

Menurut Simon lagi, kursus pertanian juga mereka perlukan, Green House yang boleh menjamin hasil keluaran yang berkualiti dan berterusan.

“Banyak yang boleh diusahakan para petani di sini, memandangkan kawasan Kundasang adalah antara tempat pelancongan dengan daya tarikan Gunung Kinabalu serta cuaca sejuk amat sesuai sebagai lokasi pewujudan Agro Tourism, apa tah lagi jika ada Kilang Tomato, Tanaman Bawang Merah yang kelak boleh dihantar ke luar negeri”, tambah Simon.

Hadir sama sempena lawatan Datuk Badrul itu ialah, Penasihat Persatuan Pengusaha  Pertanian Kundasang, Datuk Jimmy Tham Yok Leong, Pengarah Mardi Dato’ Dr.Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani,  Naib  Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Umar Sarim Bin Haji Saidin dan Mazlan Bin Othman (SUB.ITTP).

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN