MARTA menunjukkan tiga pingat emas yang dimenangi di Kejohanan tersebut
LABUAN: Atlet. Wanita veteran Labuan, Marta Lokman mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul tiga pingat emas dan satu gangsa di Kejohanan Malaysian International Open Masters Athletics Championship yang berlangsung di Stadium Mini MSN Bukit Jalil baru baru ini.
Marta yang mewakili Persatuan Master Labuan memperolehi pingat emas dalam acara balapan 100 meter dan acara padang lompat jauh dan lompat kijang. Pingat gangsa dimenangi menerusi acara lempar cakera.
Marta merupakan stlet tunggal yang mewakili Persatuan Master Labuan di Kejohanan tersebut.
Ketika dihubungi Marta memaklumkan beliau berpeluang mewakili negara pada Kejohanan Asian Master yang dijadual akan diadakan di Indonesia.
Sementara itu, seorang lagi Atlet Labuan, Tsen Chew Moi yang mewakili Persatuan Olahraga Labuan (POAL) di Kejohanan yang sama meraih dua pingat gangsa melalui acara lontar cekera dan lontar lembing.
Kejohanan yang berlangsung dua hari itu telah disertai 33 pasukan, 18 daripadanya merupakan pasukan dari luar negara.