30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Maritim Labuan temukan mayat  kru kapal dipercayai terjatuh ke laut

ANGGOTA menyelamat dan mencari mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada PDRM untuk di hantar ke hospital

LABUAN: Mayat Seorang lelaki  yang dikhuatiri lemas  selepas dipercayai terjatuh dari kapal tunda yang sedang berlabuh  di perairan Pulau Papan dekat sini, pada malam Khamis  ditemukan oleh  Zon Maritim Labuan, pagi ini (Jumaat).

Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh, mayat Kenneth Saing, 33, ditemukan oleh  sepasukan mencari dan menyelamat pada jam 7. 45 pagi (Jumaat) di kedudukan  sekitar 20 meter dari Selatan Jeti Terminal Feri Labuan. 

“Mangsa yang bekerja sebagai  kru di sebuah kapal tunda ‘Tanjung Biru1’ dilaporkan hilang setelah gagal dikesan oleh rakan mangsa. Kali terakhir mangsa dilihat sekitar jam 6 petang pada hari yang  sama” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua  barang peribadi mangsa masih berada  di atas kapal berkenaan  yang sedang bersauh sebelum meneruskan pelayaran menuju ke Miri Sarawak.

Nudin berkata, pihaknya telah melakukan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan  daripada Maritime Resque Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu sekitar jam 9.40 malam.

Jelas beliau, turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu ialah anggota PDRM, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada Unit Forensik PDRM untuk siasatan lanjut’, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN