SERAH… anggota Zon Maritim Labuan menyerahkan Jalur Gemilang kepada komuniti maritim.
Labuan: Zon Maritim Labuan tidak mahu ketinggalan untuk mengelorakan semangat Hari Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini dengan menyerahkan sebanyak 200 Jalur Gemilang kepada Komuniti Maritim di pulau ini.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Nor Bakari Abu Bakar berkata, penyerahan bendera tersebut telah diagihkan kepada pengusaha feri penumpang, bot-bot penumpang serta bot-bot nelayan.
Jelasnya, walaupun masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun semangat patriotisme dan kemerdekaan perlu terus disemai dan disemarakkan dalam kalangan rakyat khususnya warga Labuan.
“Kami berharap dengan agihan Jalur Gemilang itu dapat menyemarakkan lagi semangat patriotism dan rasa sayang para komuniti maritim terhadap negara tercinta ini” kantanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.