27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAQIS Labuan rampas 2,900 kg buah limau

PERIKSA…Penolong  Penguatkuasa MAQIS menunjukkan sebahagian buah limau yang dirampas

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Wilayah Persejutuan Labuan merampas 2,900 kilogram buah limau ‘Shatang Targerine” yang dianggarkan bernilai RM14,500  tang di import dari   negara China di pintu masuk  Dermaga Merdeka  Labuan, pada Rabu.

Pengarah MAQIS  Wilayah Persekutuan Labuan, Nazrul Azman  Mat Rahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati, konsainan buah limau seberat 2,900 kg   itu telah  diletakkan bersama sayur-sayuran dan buah-buahan segar di dalam sebuah kontena.

 “Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kerosakan pada daun  yang menunjukkan  tanda-tanda serangan penyakit dan perosak disamping bahan cemar” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Jumaat.

Jelasnya, buah limau tersebut ditahan untuk tindakan lajut kerana dipercayai tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan oleh MAQIS.

Katanya, perbuatan mengimport sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang tidak mematuhi syarat-syarat pengimportan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 14(b), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

ROSAK….Struktur buah limau yang rosak

“Jika sabit kesalahan  boleh dikenakan  denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua  atau berikutnya boleh  didenda tidak melebihi RM 150,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua –duanya.

Pihak MAQIS jelasnya, sentiasa giat dan komited dalam operasi kawalan import keluaran pertanian yang masuk ke negara ini mematuhi syarat dan peraturan serta bebas daripada ancaman penyakit dan perosak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN