SERAH BORANG..Piuk (kiri) mengetuai penyerahan borang kemasukan ahli GRS kepada Jalil
BELURAN: Mantan Ketua Cawangan Parti Warisan Kg Munungan Piuk Bin Galabi bersama mantan ahli-ahli cawangannya keluar dari Parti Warisan dan berhijrah ke Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Gagasan Rakyat serta merta berkuat kuasa pada hari Sabtu.
Pengisytiharan tersebut berlangsung semasa Mesyuarat Urusetia Bahagian (MUB) PGRS bersama AJK Bahagian, AJK Sayap-Sayap Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua Sayap-Sayap Cawangan Peringkat Zon Lingkabau DUN Sugut.
Di antara pengisian penting sempena MUB itu, PPM merangkap Timbalan Ketua Bahagian Jalil Atang, mewakili Adun Sugut merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, menerima borang kemasukan ahli PGRS N.48 Sugut daripada Piuk bersama mantan ahli-ahli lain.
“Tahniah dan terima kasih diatas usaha Naib Ketua Bahagian, YBhg Tuan Jailani yang telah berusaha membawa En Piuk ke MUB kelmarin. Alhamdulillah,” katanya.
Selepas MUB, rombongan telah datang ke rumah YBhg Tuan Camree Camry Ketua Daerah merangkap AJK Bahagian bersama Isterinya Puan Rinah Lambau AJK Pergerakan Wanita Bahagian untuk program santai kopi-kopi petang bersama Rakan-rakan seperjuangan.
Turut hadir, Naib Ketua Bahagian Jailani Agak, Ketua Pergerakan Wanita Rinah Doing, PSU Rimah Doing, Ketua Pergerakan Pemuda Justinus J Inus, Naib Ketua Kamil Ostnat, PSU Jaidin Doing, Anak Negeri (KAN) Mukim Lingkabau merangkap AJK Bahagian Jasmon Ati Ketua, Ketua Anak Negeri (KAN) Mukim Lingkabau Julley Bilak, Pemaju Mukim merangkap Ketua Cawangan Jackson Bulinis, Urusetia Bahagian Abdul Latip Madi dan Roseland Taip, Ketua Kampung merangkap Ketua Cawangan Kg Timbulus Tuan Nain dan lain-lain.