27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Manifesto Parti Warisan Labuan garis 20 perkara  lonjakkan ekonomi Labuan

ROZMAN  (tiga dari kiri) bersama kepimpinan tertinggi parti Warisan Bahagian Labuan ketika melancarkan manifesto parti itu di Markas parti  Warisan di Jalan Tanjung Bendera,pada Isnin.

LABUAN: Manifesto Parti Warisan Bahagian Labuan yang dilancarkan pada Isnin  telah mengariskan 20 teras ‘Agenda Labuan” yang akan di fokuskan sepanjang kempen PRU ke 15.

Calon Parti Warisan Labuan, Datuk  Rozman Isli ketika melancarkan manifesto itu pada Isnin  berkata, 20 perkara yang menjadi teras utama untuk dilaksanakan mampu membantu melonjakkan pembangunan ekonomi  Labuan dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan rakyat.

Katanya antara 20 teras ‘Agenda Labuan” yang akan dilaksanakan sekiranya dapat bersama membentuk kerajaan  selepas PRU ke 15  nanti ialah melaksanakan semula projek  Pelan Pembangunan Labuan 2030 (Labuan Development Blue print 2030) bagi mencetuskan semula pembangunan ekonomi Labuan.

Keduanya, mengukuhkan semula status ‘Labuan Bebas Cukai” yang boleh memberi manfaat kepada Labuan.

Pada masa yang sama manifesto ini juga menekankan usaha kearah merancakkan ekonomi domestik untuk meningkatkan peluang pekerjaan di semua peringkat terutamanya kepada golongan muda dan B40.

 “Kita juga mahu melihat kepelbagaian ekonomi, tanpa perlu bergantung dalam sektor minyak dan gas serta sektor perniagaan dan kewangan, bagi membolehkan peluang pekerjaan tidak hanya terhad kepada kedua sektor ini sahaja,”katanya.

Rozman yang juga penyandang kerusi Parlimen Labuan selama dua penggal turut memperincikan keperluan untuk memulihkan dan meningkatkan  industri logistik  dan perkapalan termasuk  aktiviti perniagaan tukar barang (Barter Trade).

“Kita juga akan memperkasakan dan mempergiatkan semula sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang mampu menghidupkan semula aktiviti ekonomi para peniaga kecil dan sederhana di pulau ini.

“Disamping itu kami juga akan terus memberikan perhatian untuk menjadikan Labuan sebagai Hab Pendidikan serantau dengan menaik taraf Universiti  Malaysia Sabah –Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) sebagai sebuah universiti penuh’katanya.

Selain itu, Rozman berkata, isu pindaan Kanun Tanah Negara yang telah mendatangkan masalah kepada pemilik tanah di Labuan juga akan diberi perhatian agar rakyat Labuan tidak tertekan dengan pelaksanaan akta Tanah Kanun Negara.

Turut dimasukan dalam 20 teras manifesto itu ialah masalah bekalan air dan isu  asas asas lain yang akan diselesaikan segera.

Parti Warisan Labuan juga turut akan memperjuangkan isu MA63 yang dilihat oleh parti itu akan juga memberi manfaat kepada warga Labuan.

Parti Warisan Labuan juga menuntut sekiranya parti Warisan berjaya membentuk bersama  kerajaan Persekutuan selapas PRU ini untuk melantik Ahli Parlimen Labuan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN