24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa kebakaran rumah Kampung Ria dapat perhatian ADUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran.

KENINGAU: Tiga keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Ria dekat sini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Katanya, pihaknya akan berusaha membantu agar mereka mendapat rumah baharu melalui Program Bantuan Rumah (PBR) yang juga dikenali rumah PPRT.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini saya bersimpati dan akan berusaha membantu keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran itu” katanya.

Sehubungan dengan ini beliau meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Daerah menyediakan laporan lengkap untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Bencana Alam Negeri.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Ria pada Rabu (kelmarin).

“Apabila ada laporan lengkap termasuk laporan polis kita akan kemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk memohon bantuan rumah kepada keluarga yang terlibat” katanya.

Dalam lawatan itu Robert menyampaikan bantuan dalam bentuk barang makan dan kewangan kepada mangsa sebagai bantuan peringkat awal.

Menurut Robert, beliau difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah juga telah menghantar bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran itu.

“Pada peringkat awal ini kita akan melihat keperluan keluarga mangsa dari masa ke semasa dan kita membantu mana-mana keperluan mereka” katanya.

Pada tengah Selasa tiga buah rumah dua tingkat hangus dijilat api dalam kebakaran di Kampung Ria.

Kebakaran itu menyebabkan tiga keluarga kehilangan tempat tinggal dan buat sementara waktu mereka berlindung dengan canopy sahaja kerana menurut adat yang mereka masih amalkan, mangsa kebakaran tidak boleh menumpang di rumah jiran dalam tempoh lebih kurang seminggu.

Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Daerah Keningau Peter Jonu Moinjil, rombongan Pejabat Unit Pemimpin Pembangun Masyarakat (UPPM) dan Pejabat ADUN Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN