ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa dihempap pokok

Mangsa maut selepas dihempap pokok


RANAU: Seorang lelaki tempatan maut selepas dihempap sebuah pokok semasa menjalankan aktiviti memotong pokok di kebunnya dekat sini pada hari Jumaat.

Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan bin Mohd Taib memberitahu kejadian berlaku di Kg Tarawas Ranau pada kira-kira jam 1 petang.

“Panggilan diterima melalui Talian Balai pada jam 1.16 petang lalu sekumpulan anggota Bomba seramai lima orang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Wasli Saupin bergegas ke lokasi. Turut serta dalam operasi ialah anggota PDRM dan KKM,” kata beliau.

Beliau menambah, setiba ditempat kejadian yang terletak 32 kilometer dari balai itu pasukan Bomba mendapati terdapat seorang mangsa berusia 67 tahun dihempap pokok semasa menjalankan aktiviti memotong pokok di kebun.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 2.30 petang,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN