27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa buli bangkit membelasah pembuli

KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai menjadi mangsa buli rakan sekelas apabila kerap kali disuruh menyiapkan kerja sekolah di sebuah sekolah agama di Pasir Puteh.

REBAH…mangsa rebah dibuli pelajar lain

Kejadian terbaru membabitkan mangsa pelajar lelaki itu berlaku pada jam 10.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dikatakan enggan menuruti arahan kumpulan pembuli supaya menyiapkan kerja sekolah rakan sekelasnya menyebabkan dia dipukul beberapa kali dengan kaki dan tangan.

“Mangsa dipukul oleh kumpulan rakan sekelas yang menyuruhnya menyiapkan kerja sekolah pada musim cuti persekolahan yang akan bermula esok.

“Mangsa yang enggan berbuat demikian menyebabkan kumpulan rakannya itu bertindak memukulnya dengan tangan dan kaki bagaimanapun mangsa bertindak membalas semula pukulan itu,” katanya.

Mangsa ditendang

Beliau berkata, berdasarkan keterangan remaja tersebut, kejadian buli oleh rakan sekelas supaya menyiapkan kerja sekolah mereka itu sudah lama berlaku namun kali ini dia sudah tidak dapat bertahan menyebabkan dia membalas pukulan itu.

“Yelah, sudah masuk musim cuti sekolah, suruh buat kerja sekolah apa lagi. Pihak polis memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terlibat.

“Sejumlah 10 pelajar berusia 13 dan 14 tahun sudah pun dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan masih lagi diteruskan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Tambahnya, kanak-kanak terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan kes lengkap.

Dua pelajar lain kelihata membelasah mangsa

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 30 saat memaparkan pergaduhan pelajar sekolah itu tular di media sosial.

Berdasarkan pertuturan mereka berbunyi loghat Kelantan.

Terdapat dua pelajar dilihat memukul seorang pelajar yang duduk di lantai sebelum mangsa membalas balik pukulan salah seorang daripada pelajar itu.-Sinar Harian-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN