GIMIKā¦.Masidi bersama penduduk Kg.Sosondoton melakukan ‘Mangasok’ bagi merasmikan majlis tersebut.
RANAU: ‘Mangasok’ atau Menugal padi bukit, merupakan acara tradisi bergotog-gotong yang sudah sekian lama diamalkan malah satu budaya suku kaum Dusun di beberapa buah kampung di daerah Ranau.
Progam ‘Mangasok’ itu walaupun scara tadisi namun mampu menjimatkan kos dan memupuk perpaduan serta permuafakatan dikalangan komuniti tanpa membezakan dari segi agama dan fahaman politik.
Seperti yang diamalkan penduduk Kg.Sosondoton 39 kilometer, dari pekan Ranau yang baru-baru ini mengadakan program ‘Mangasok’ itu yang persamiannya telah disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun dihadiri lebih100 orang penduduk.
Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N.37 Karanaan dalam ucapanya, memuji kepimpinan Kg.Sosondoton kerana berjaya menganjurkan program tersebut yang berupaya memupuk persaudaraan dan keharmonian sedia terjalin dikalangan penduduk.
Menurutnya, budaya ‘Mangasok’ perlu diteruskan agar tidak hilang ditelan zaman kerana ia satu kaedah menanam padi huma atau padi bukit yang menjimatkan kos kewangan serta memupuk persaudaraan dikalangan komuniti setempat.
“Menerusi program seperti ini, mampu merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan rakyat akar umbi”, jelas Masidi sambil menyarankan kepada penduduk Kg.Sosondoton dan kampung-kampung sekitar supaya meningkatkan usaha menanam pokok kopi sebagai produk menambah ekonomi keluarga.
“Kopi amat sesuai dengan tanah yang subur seperti di kampung ini maka rebutlah peluang untuk mengusaha tanah dengan tanaman kopi bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah ke luar negeri”, tambah Masidi.
Hadir sama pada majlis itu ialah, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan), Hasinin Kinsim ( mewakiliPegawai Daerah Jumain Abd.Ghani), Pegawai Pemantau Projek Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman (mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin) dan Setiausaha Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Attin Bin Naisin.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā