29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Manfaat ICT dalam pentadbiran luar bandar – Jahid

SWAFOTO …. Para penceramah mengabadikan gambar kenangan bersama Jahid dan tetamu jemputan yang lain.

KOTA KINABALU: Pemanfaatan ICT dalam pentadbiran luar bandar bukan sahaja meningkatkan kecekapan pentadbiran, malah turut menyumbang kepada pembangunan lestari.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, pada era globalisasi ini, teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi tulang belakang kepada pelbagai sektor, termasuk sektor pentadbiran.

“Perkhidmatan awam yang terbaik tidak hanya bergantung kepada keupayaan dan kecekapan manusia untuk mentadbir dan mengurus tetapi juga pada teknologinya yang cutting-edge atau canggih, memudahkan dan juga menjimatkan masa dan tenaga”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar ICT Peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah tahun 2024, di Grand Ballroom Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri, dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Norlijah Danin.

Menurut Jahid, antara manfaat yang boleh diperolehi adalah, pengurangan kos dan masa, iaitu dengan penggunaan ICT, proses pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih cepat dan efisien, seterusnya mengurangkan kos operasi serta masa yang diperlukan bagi menyelesaikan sesuatu urusan.

“Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), Metaverse, Blockchain, Machine-to Machine (M2M) dan
Internet of Thing (IoT) merupakan peluang yang harus dimanfaatkan kerana ini telah terbukti telah mengubah cara dunia beroperasi.

Menurutnya, ICT juga berperanan penting dalam meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan pentadbiran
luar bandar.

“Penggunaan ICT dapat mengurangkan
jurang digital antara bandar dan luar bandar, seterusnya mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya saing,”.

Jelasnya, untuk memastikan ICT dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pentadbiran luar bandar, beberapa inisiatif dan strategi perlu dilaksanakan, seperti pembangunan Infrastruktur ICT yang mantap yang merupakan asas kepada penggunaan teknologi efektif.

“Oleh itu, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada pembangunan rangkaian internet yang meluas dan berkualiti tinggi di kawasan luar bandar.

Selain itu, katanya, pentadbiran luar bandar harus menyediakan platform digital yang mesra pengguna bagi memudahkan urusan rakyat.

“Portal atau aplikasi mudah alih untuk urusan pentadbiran seperti Sistem Permohonan Lesen Perniagaan, Sistem eJKKK dan Sistem Aplikasi Profil Kampung Sabah.

“Selain daripada itu, aplikasi-aplikasi
generik yang baharu dibangunkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) juga
telah diperkenalkan seperti Sistem Keluar Pejabat, Sistem Fasiliti dan Sistem i-Adu”.

Manakala, pendidikan dan latihan dalam bidang ICT juga perlu diberikan kepada penduduk luar bandar bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi, selain program-program latihan yang perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berdaya saing dalam era digital.

Inisiatif lain yang difikirkan perlu adalah pengurusan sumber yang lebih baik, kerana teknologi ICT akan membolehkan pengurusan sumber yang lebih baik melalui penggunaan data dan analitik.

“Data yang dikumpul dapat digunakan untuk membuat keputusanyang lebih tepat dan efektif dalam merancang pembangunan luar bandar.

“Pemanfaatan ICT juga dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan ekonomi yang lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jahid berharap agar program seminar itu menjadi pemboleh daya dan pemangkin kepada usaha-usaha ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengarus perdanakan pendigitalan serta memanfaatkan ICT dalam memodenkan pentadbiran awam.

Katanya, Seminar ICT tersebut juga merupakan salah satu platform untuk mempromosikan penggunaan teknologi ICT dan memberikan pendedahan teknologi terkini kepada peserta seminar.

“Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pihak agensi yang turut serta untuk berkongsi maklumat berhubung dengan teknologi terkini khasnya dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan juga pendigitalan”.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, berkata, seminar tersebut juga menjadi ruang untuk bertukar-tukar pengalaman mengenai perubahan Teknologi ICT dan kemajuan Perkhidmatan Awam.

Tambahnya, tema seminar ICT yang dipilih iaitu “Mengukuhkan Pentadbiran Luar Bandar: Memanfaatkan ICT untuk Pembangunan Lestari”, amat bertepatan bagi membincangkan usaha penting dalam mengukuhkan pentadbiran luar bandar melalui pemanfaatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk pembangunan lestari.

“Saya berharap dengan input yang diperolehi dari seminar ini berupaya mengangkat martabat perkhidmatan Awam Sabah menjadi lebih cemerlang, dinamik, inovatif dan berdaya saing bagi menghadapi pelbagai tentangan dan rintangan, semasa dan masa depan, di peringkat negeri dan negara selaras dengan usaha kerajaan melonjakkan tahap kecemerlangan dan kegemilangan sektor awam negeri,” katanya lagi. –Oleh: ATENG

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN