MAN Ranau (depan) dan Lohan Super Veteran (belakang)
RANAU: Kakitangan Mahkamah Anak Negeri Ranau dan Lohan Legend Super Veteran menjadikan perlawanan persahabatan bola sepak sebagai salah satu aktiviti riadah untuk kesihatan dan merapatkan hubungan silaturahim.
Bercakap kepada media di Padang Kampung Lohan baru-baru ini, Ketua Daerah OKK Muhasip Haji Ruman berkata, pada usia yang sudah berada di peringkat super veteran, penting ada aktiviti-aktiviti riadah seperti permainan bola sepak.
“Apabila kita beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah sebegini sebagai pencegahan daripada penyakit-penyakit seperti obesiti dan darah tinggi,” katanya.
“Aktiviti pada hari ini juga adalah bagi mendekati masyarakat setempat, mengeratkan silaturahim dan memupuk permuafakatan muhibbah di kalangan Pemegang Adat Daerah Ranau.,” katanya lagi.
Pada separuh masa pertama, Lohan Super Veteran yang diketuai Mohd Ayub Jamirin berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 1. Dua gol lagi berjaya dijaringkan oleh Lohan di separuh masa kedua.