Irene (sepuluh dari kanan) bersama barisan AJK Majlis Wanita KDCA Daerah Keningau.
KENINGAU: Majlis Wanita Kadazandusun Cultural Association (KDCA ) Daerah Keningau telah melantik 25 orang ahli jawatankuasa untuk menganggotai majlis tersebut bagi sesi 2022- 2025.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Majlis Wanita KDCA Daerah Keningau Puan Irene Gambulu dalam mesyuarat pembentukan jawatankuasa itu bertempat di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau.
Mereka yang menganggotai majlis tersebut ialah Zandi Christina Anthony Kodou sebagai Timbalan Pengerusi.
Setiausaha dan Penolong Setiausaha masing masing disandang oleh Tati Frances Augustine Adau dan Zandi Melly Lajiwati
Manakala Bendahari dipegang oleh Zandi Pauline Yukau.
Sementara itu ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada Mailen Belly, Zandi Dianna Basir, Zandi Paula Kunsing, Zandi Zureda Askar, Zandi Norshila Jamil, Zandi Nona Yem Tungai @ Amey, Zandi Ailine Sapikal, Marlina Shirly Gindau, Ceraline Athil @ Katil, Frances Augustine, Felicia Justine Angian, Zandi Silvesura Dewol, Zandi Juinah @Inah Unggi, Zandi Martina Kanggi, Tati Jaessyka Jamil, Zandi Fedelia Gondolon, Zandi Bibiana@ Cillin Lacius, Zandi Pamela Parimal, Zandi Wimmey Enor dan Zandi Indah Bungkalon.
Zandi Irene mengucapkan tahniah kepada yang dilantik menganggotai majlis tersebut.
Beliau berharap, ahli ahli jawatankuasa yang dilantik itu dapat bekerja dalam satu pasukan dan sentiasa berganding bahu untuk mengerakkan program dan aktiviti majlis tersebut.
Zandi Irene meminta semua ahli jawatankuasa menjaga nama baik KDCA.