Orang ramai merakam gambar bersama Datuk JonathanĀ dan Datin Helena.
RANAU: Majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Parlimen P.179 Ranau dengan kerjasama Kelab Harapan Ranau dan Kelab Prihatin Ranau di Dewan Mini Kg.Sinarut Baru di sini pada Sabtu berjalan dengan lancar, teratur dan penuh meriah.
Majlis tersebut telah dirasmikan Ahli ParlmenĀ Ranau Datuk Jonathan Yasin dan dihadiri lebih seribu penduduk setempat.
Jonathan dalam ucapannya, menyeru rakyat supaya menjadikan sesuatu majlis seperti,Ā Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Hari Raya, Hari Gawai DeepavaliĀ sebagai landasan memupuk perpaduan,Ā keharmonian dan persaudaraan berkekalan dikalangan mereka.
“Jangan kita jadikan berbezaan kaum, agama dan idologi politik sebagai penghalang dalam mewujudkan meharmonian serta persaudaraan dikalangan kita”, jelas Jonathan sambil melahirkan rasa bangganya kerana rakyat daerah Ranau khususnya warga Kg.Sinarut Baru yang walaupun berlainan agama, kaum dan fahaman politik namun tetap harmoni dan mengekalkan persudaraan.
“Inilah yang kita mahu kekalkan buat selamanya, sentiasa harmoni dan bertoleransi tanpa mengira usia dan latarbelakang”,tegas Jonathan sambil berasa bangga kerana rakyat Sabah dan Sarawak terus mengekalkan budaya keharmonian dan bukan seperti yang terdapat di sesetengah tempat di negara ini.
Jonathan seterusnya memaklumkan sebahagian tanah perkuburanĀ di Kg.Sinarut Baru akan dijadi tanah perkuburanĀ kaum PeranakanTionghua memandangkan di kampung Sinarut Baru terdapatĀ empatĀ keluarga PeranakanTionghua yang datuk nenek moyang mereka telah dikebumikanĀ Ā ditanah perkuburanĀ di kampung itu sejak sekian lama danĀ warisnyaĀ masih tinggal menetap di kampung berkenaan.
“Kita akan usahakan penggajetan kawasan tanah perkuburan itu dalam masa terdekat”, tambah Datuk Jonathan, yang kemudiannya mengumumkan sumbangan peruntukan berjumlah RM20 ribu kepada Persatuan Peranakan Tionghua Ranau.
Majlis bertambah meriah dengan persembahan Tarian Singa daripada empat kumpulan Tarian Singa iaitu, daripada Peranakan Lion Dance, Ranau, Chun Cho Kong Ranau dan Kinabalu Lion Dance Ranau.
Hadir sama pada majlis itu ialah Datuk Amisah Yassin (ADUN dilantik), Pengerusi Penganjur yang juga Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Ranau, Pehing Chong, Datin Helena Masry,(isteri Datuk Jonathan),ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan bersama para pemimpin masyarakat setempat.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā



