25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH PROJEK INISIATIF (BINA BAHARU) PERUMAHAN VETERAN ATM NEGERI SABAH

TAMBUNAN : Ketua Pengarah Jawatankuasa Hal-Ehwal Veteran(JHEV) Angkatan Tentera Malaysia, (ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus telah menyempurnakan Penyerahan Kunci Rumah kepada penerima Veteran ATM di Kg. Mangi-Pangi, Tambunan, Sabah baru-baru ini.
Antara penerima ialah, 4 Veteran ATM, 3 mendapat sumbangan dalam Program Veteran ‘Peduli’ (PPV) ATM dan Roslia Kuling, balu kepada mendiang Raddeus Kunduhulu 70, dari Kg.Mangi-Pangi Tambunan dan Ali Bin Tamban 74, dari Kg.Padas Damit Beaufort.
Mejar Jeneral Zambery berkata, aduan dan suara veteran sentiasa menjadi keutamaan pihaknya, lebih-lebih lagi dalam menyediakan pelbagai skim bagi membantu golongan berkenaan.

Beliau menyarankan kepada semua veteran ATM dan dibantu oleh persatuan yang berkenaan supaya lebih menyebarluaskan tentang peranan JHEV ATM.

Turut hadir pada majlis itu ialah, Abdul Masik Kabbul, (Presiden PVKMS), Sabri Ulai (Ketua Zon Ranau), Welly Welcy Yutah (Ketua Zon Tambunan) dan Miron Mohamad, (Ketua Zon Keningau) serta para ahli PVKMS.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN