Jauteh menyematkan lencana pangkat Superintenden Polis (SUPT), kepada Mursalin
RANAU: Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Bin Dikun, hadir menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Ranau yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau, di sini, baru-baru ini.
Dalam majlis yang diadakan, Jauteh telah menyematkan lencana pangkat Superintenden Polis (SUPT), kepada P/SUPT Mursalin bin Mahmud berdasarkan Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) Bil. 39/2024, rujukan KPN 106/3 bertarikh 29 Oktober 2024.
Beliau dalam ucapan turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Mursalin yang telah dinaikkan pangkat dengan pemangkuan Superintenden Polis.
Semoga ianya dapat terus mengekalkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas serta memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan penuh integriti serta mampu memenuhi ekspektasi masyarakat.
Moto “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada” difahami sepenuhnya demi kesejahteraan masyarakat serta mengelakkan salah faham serta sedia memberi khidmat untuk memikul tanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta sentiasa bersikap toleransi diantara masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Turut hadir di majlis itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Sabah, SAC Datuk Mohd Azhar Bin Hamin, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, Perkep IPD Ranau.