32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis KIOCPS berlangsung meriah, diserikan pelbagai aktiviti

PPM Sungai Sibuga Ibrahim Nasip bersedia untuk memalu gong sebagai tanda perasmian majlis itu. Turut kelihatan Presiden KIOCPS Samat Lakai (empat dari kanan).

SANDAKAN: Majlis Kelab Interaksi Orang-orang Cacat Penglihatan Negeri Sabah  (KIOCPS)yang berlangsung di Kompleks Penyayang, Pusat Latihan bagi orang-orang buta, Taman Cahaya, Sungai Manila di sini baru-baru ini diserikan pelbagai aktiviti.

Antaranya adalah pertandingan Dart, Dominos, Lontar bola dalam bakul, minum kola, Sukannika kanak-kanak, Mewarna, Pakaian beragam, Bakat KIOCPS, Goalball, dan pertandingan Karaoke. 

Selain itu persembahan paluan gong juga telah turut diadakan oleh para ahli kelab menyerikan lagi suasana majlis tersebut. 

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Sibuga Ibrahim Nasip.

Ibrahim dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli-ahli kelab diatas kejayaan menubuhkan sebuah kelab yang pastinya akan memberi manafaat kepada semua ahlinya.

Beliau juga merasa kagum diatas kebolehan ahli-ahli kelab menganjurkan majlis tersebut dengan amat berjaya sekali. 

Seterusnya beliau berkata, akan cuba berunding dengan pihak-pihak berkenaan kerjaan, NGO serta pihak-pihak lain untuk membantu memenuhi apa juga keperluan kelab  dari masa ke semasa.

Terdahulu Presiden Kelab Samat Lakai dalam ucapan alu-aluannya melahirkan

rasa syukur dan terima kasih diatas kehadiran para ahli kelab yang agak ramai walaupun terpaksa melalui SOP  ketat yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa pusat latihan.

Pada masa sama beliau amat mengalu-alukan agar pihak-pihak berkenaan seperti kerjaan, NGO, syarikat-syarikat swasta dapat membantu kelab yang baharu saja ditubuhkan oleh orang-orang cacat penglitan ini dari masa ke semasa. 

Sementara itu Pegawai Penguasa Pusat Latihan Taman Cahaya Tuan Haji Ibrahim Abdul Hamid, dalam ucapannya nenyentuh tentang kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh ahli-ahlu kelab hasil daripada pengetahuan yang mereka perolehi semasa menjalani katihan di pusat latihan ini.

Katanya, sehingga hari ini ada diantara mereka sudah menjadi usahawan yang berjaya.  

Hadir sama pada majlis yang dihadiri oleh ahli-ahli kelab dari Kota Kinabalu, Labuan, Tenom, Semporna, Tawau, Lahad Datu, Ranau dan Sandakan adalah  PPM Sungai Manila Talip Zainal Abidin, Setiausaha Umno Libaran Asri Ahmad,  Pengerusi Persatuan Kebudayaan KDM cawangan Sungai Manila Yakim Kapal, Penolong Pegawai Penguasa Pusat Latihan Taman Cahaya Rahmat Haji Ibrahim dan Pengerusi Muslim Fellowship Sabah Shukur Abdul Wahab.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN