26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Hari Keluarga Tahun Baharu Cina  di Borneo Beach Villa, meriah.

TUARAN: Lebih 50 orang termasuk beberapa orang kenamaan tempatan menghadiri majlis Hari Keluarga Tahun Baharu Cina  (CNY) Gathering di  Borneo Beach Villa Tuaran baru-baru ini.

Presiden Dewan Perniagaan Tionghua merangkap Pengerusi Peraatuan Hakka Ranau yang juga Kapitan  Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan, Datuk Jimmy Tham Yok Leong  selaku jurucakap Jawatankuasa penganjur, memberitahu, majlis tersebut merupakan sebahagian acara CNY bertujuan untuk memupuk perpaduan dengan para pemimpin selain menigkatkan pesaudaraan dikalangan pemimpin dan keluarga masyarakat  Tionghua.

“Majlis adalah bertujuan  memupuk semangat kekeluargaan dikalangan warga Tionghua dengan pemimpin serta masyarakat setempat”, jelas Datuk Jimmy.

Antara kenamaan yang hadir ialah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Menteri Kewangan II, merangkap ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun, Pembantu  Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga ADUN  N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, 
Setiausaha  Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Roland  Chia Ming Shen,  PPM Luyang,  Gee Tian Siong,    Kapitan Cina Kota Kinabalu,  Tham Yuk Leong , Timbalan  Presiden  Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Tui Gui Kiong, Bendahari  Dewan Perniagaan Tionghua Ranau dan Chin Yun Hing.

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN