ALBUM…Nasimin(dua kanan) bersama Jawatankuasa PISAKA Ranau.
RANAU: Majlis Hari Keluarga Pisompuruan Aki Kaunda (PISAKA) Ranau akan diadakan pada April tahun ini yang tarikh, tempat dan masanya, akan tentukan kemudian.
Pengerusi PISAKA yang juga Pengerusi Jawatankuasa pelaksana majlis itu , Nasimin Yantangon, memberitahu sambutan itu difikirkan perlu bagi memantapkan permuafakatan, ikatan silaturrahim, persaudaraan dan ukuwah dikalangan ahli keluarga PISAKA.
“Majlis ini amat penting bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli keluarga keturunan kami untuk berkumpul ekoran terpisah jauh mengikut keluarga masing-masing”, jelas Nasimin ketika ditemui selepas mempengrusikan mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Induk yang telah adakan di Kg.Tungou Ranau baru-baru ini.
Dalam mesyuarat itu Jawatankuasa telah merancang akan mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah persembahan kebudayaan, Sukaneka dan Suaikenal diantara ahli keluarga masing-masing.
“Bagaimanapun, jenis acara dan aktiviti akan dimuktamadkan pada mesyuarat akan datang” tegas Nasimin sambil memaklumkan Jamuan makan-minum pada majlis kali ini akan diadakan secara ‘Putluck’.
Nasimin mengharapkan kehadiran ahli keluarga Pisaka tahun ini lebih ramai bagi memanfaatkan dan memeriahkan majlis tersebut.
” Pada tahun-tahun yang lalu kehadiran ahli keluarga agak kurang ekoran pendamik Covid-19″ tambah Nasimin.