30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAJLIS BERBUKA PUASA ‘TONIK’ PUPUK PERPADUAN

KENANGAN…Para tetamu sempat merakam gambar bersama Datin Cecilia (tengah).

TAMBUNAN: Majlis Santai Berbuka Puasa anjuran Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan menjadi ‘Tonik’ memupuk perpaduan, persaudaraan dan keharmonian dikalangan masyarakat Islam dengan mereka yang beragama lain.

Ketua Perhubungan Wanita UMNO DUN Tambunan selaku Pengerusi majlis itu, Rubinah  Binti Awang Paun berkata, dengan kehadiran lebih 60 orang ke majlis tersebut menjadi satu catatan sejarah tersendiri wanita UMNO DUN Tambunan untuk menyatu-padukan penduduk setempat.

Menurutnya, suasana seumpama itu juga sebagai menghayati  bersama keindahan Islam  sepanjang Ramadan di mana semua beragama Islam adalah wajib menunaikan Puasa mereka.

“Menghayati bersama keindahan Islam bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh Rahmat di mana kita yang beragama Islam wajib berpuasa sebulan penuh disiang hari menahan lapar dan dahaga untuk menyucikan  diri, jiwa dan rohani”, jelasnya.

Menurutnya lagi, wanita  yang luar biasa berganding bahu melaksanakan tanggungjawab terhadap kerajaan dan  negara sendiri.

Rubinah menegaskan, sinario dan landskap politik hari ini sudah berubah mengikut kecanggihan  peredaran zaman di mana semua maklumat hanya dihujung jari oleh itu  masyarakat Islam tidak boleh bergantung kepada persepsi dan andaian semata-mata untuk mencari maklumat tepat, bernas adalah satu cabaran di abad ke 21.

“Bak kata pepatah, ‘Tangan Yang Menghayun   Buaian, Mampu Menguncang Dunia, sekaligus  mampu merubah dunia”, tambah Rubinah sambil berpuisi.

Beliau turut berterima kasih atas kehadiran Datin Seri Panglima Cecilia E.Datuk Kitingan ke majlis tersebut  bersama para tetamu yang  lain, menjadi penyuntik semangat dan motivasi terhadap kepimpinan Wanita UMNO Dun Tambunan menuju kecemerlangan masa depan yang cerah.

Turut hadir ialah, Wakil Rakyat DUN 44 Tulid, Flovia Ng, Penyelia Kanan Parlimen  P.180 Keningau dan  Ketua Wanita USIA Tambunan merangkap Naib Ketua Wanita USIA Negeri Sabah, Hajah Suhana Dakus Abdullah

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN